espnnews

Wednesday, September 1, 2010

transfer window is over

mlm td, tepat jam 12 tengah malam waktu malaysia, pintu perpindahan player2 di eropah telah tutup secara rasminya. ada beberapa nama besar yg akan buat headline hari ni sbb transfer last2 minit.

semua orang tahu robinho tu dah tak ada hati nak main kat man city, cumanya  kita tak tahu mana destinasi dia seterusnya. dan ac milan pada saat-saat terakhir telah membuat bidaan yang sangat berbaloi buat mereka kerana berjaya mendapatkan robinho denga harga kurang daripada separuh berbanding man city dapatkannya dengan real madrid dulu. robinho ni pulak sanggup terima gaji separuh daripada apa yang diterima di man city dulu, kerana passion yg tinggi untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi. sekurang-kurangnya ac milan boleh main di champion's league 2010/2011, man city hanya main europa league je, tak main la!

bye mancini!
satu lagi transfer yang panas mlm td adalah bintang muda ghana yang hot masa world cup hari tu, asamoah gyan! kontroversi yang tak dapat dilupakan adalah miss penalty kick last minit masa lawan uruguay, menyebabkan ghana berputih mata nak masuk semi final buat kali pertama. tapi itu pun dah kira pencapaian yang membanggakan buat negara afrika. kali ini, steve bruce berjaya dalam windows transfer nya untuk menarik bintang2 yang tengah panas menyertai sunderland dari kelab rennes perancis. team ni ada prospect yang bagus, cuma terlalu harapkan darren bent, takut jadi macam man utd pulak, asyik dok gantung harap sangat kat rooney, last-last tak jadi apa pun. baru-baru ini, sunderland berjaya kalahkan man city yang berlagak tu. money can't buy the title la!

watch out dude
liverpool pula berjaya dapatkan konchesky dari fulham untuk mantapkan defend mereka, yang ternyata bahagian paling lemah setakat ini. alexander hleb buat comeback ke epl dengan menyertai birmingham selepas melalui musim-musim yang mengecewakan dekat barca. klas jan huntelaar akhirnya dapat juga keluar ac milan dan menyertai schalke, sekaligus mengecewakan harry redknapp yang dah admirer dia lama dari season lepas lagi. 

so, apa pun, transfer kali ini aku rasa ac milan yang paling beruntung sekali, walaupun berjaya dapatkan pemain buangan, tapi dengan kualiti yang ada pada pemain buangan inilah, yang akan melonjakkan mereka. harapan untuk menjulang serie a kali ini boleh dikatakan cerah dengan inter yang dah kurang menyengat di bawah benitez, juventus pula kuda tua, mungkin roma akan bagi saingan sampai hujung nanti. attacking list milan, ronaldinho, pato, inzaghi, robinho dan ibrahimovic akan beri kualiti dalam saingan serie a kali ini. dengan harga bidaan yang rendah untuk dapatkan ibra dan robinho, so ac milan boleh dianggap team yang berjaya dalam transfer window kali ni, aku rasa lah..

welcome ibra!
adios!

No comments:

Post a Comment